Monday, March 7, 2011

Mari berdoa.

Apabila sesorang itu banyak berdoa kepada Tuhan, dia tidak rugi sedikit pun. Sebaliknya, dialah orang yang memperoleh keuntungan. Kita sering memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu bagi meringankan beban fikiran dan jiwa kita. Apabila kita menceritakan masalah kita kepada seseorang, bebanan kita terasa lebih ringan. Begitu jugalah bagi orang yang berdoa. Berdoa bererti mengadu masalah kepada Allah. Allah adalah sebaik-baik teman yang mendengar semua masalah kita. Dialah yang dapat memberikan penyelesaian terbaik bagi sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Credit to Tumblr.

No comments:

Post a Comment