Sunday, January 30, 2011

Agak-agak bila kita boleh kapel?

1) Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

2) Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

4) Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul.Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

9) Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

11) Islam takde ke couple-couple ni?
 Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

12) Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

13) Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

14) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

15) Kami telah berjanji sehidup semati…..
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

16) Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

17) Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

18) Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

19) Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: 

i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 

ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka ”

p/s: So, bila agaknya kita boleh kapel? Sudah tentu selepas kita menjadi pasangan suami isteri yang sah!

"Islam itu indah. Yakinlah kebenarannya dan janjinya."

Sumber: http://latahzan00.blogspot.com/2010/04/agak-agak-bila-kita-boleh-kapel.html

Langkah mencintai Allah S.W.T


Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.

- Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.

- Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah melakukannya. Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.

- Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.

- Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.

- Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika ditimpah musibah.

- Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.

- Anggap dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: “Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim no. 7706) Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.

- Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirahat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.

- Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.

- Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

- Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cinta-Nya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cinta-Nya, dan laksanakan amalan yang disukai-Nya.

- Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya.


Sumber : Tumblr.

Saturday, January 29, 2011

Open your eyes.



Nice video, it's make me cry. Subhanallah.

Allah knows.

"ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,..DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH."

Ayat yang aku cuba sematkan di minda. Terima kasih kepada blog Kereta mayat :) Nice blog.

Cara Solat Tahajjud.

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.
Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah. 

Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 

"Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Pada rakaat pertama ucaplah Al-FatihahSelepas itu surah Al-Kafirun  

Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas 

Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu

Ertinya: "Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong."
 
Selepas memberi salam ucaplah doa : 



Ertinya : "Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum. 

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir.Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah” 
 
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Friday, January 28, 2011

Mari solat :)

Assalamualaikum.

Aku tersedar. Bila sebut tentang solat, ramai yang akan membuat konklusi bahawa tidak solat akan diazab.  Memang betul. Azab seperti azab kubur sangat menakutkan. 100% tepat. Tetapi kita lupa. (Melayu mudah lupa?) Kita lupa tentang keindahan. Kita terlalu asyik dengan kesan buruknya, langsung terkeliru, terpejam dengan keindahannya. Indahnya berdiri dihadapan Allah, tuhan yang satu, tuhan yang menciptakan aku dan kau. Kenapa Allah berfirman sesombong-sombong manusia adalah manusia yang meninggalkan solatnya? Kerana dengan tidak solat, kita membelakangkan Allah. Membelakangkan Allah pencipta alam. Dengan tidak solat, kita tidak berkesempatan untuk menghadap dihadapannya, mengucapkan ayat-ayat kepujian yang indah, keagungan untukNya, kemuliaan untuk RasulNya. Pernah tak anda berdiri dihadapan suatu pemandangan yang sangat mengkagumkan, dan anda terasa belakang leher anda meremang? Cuba jadikan itu dalam solat. Anda berdiri dihadapan yang menciptakan segalanya! Subhanallah. Bukan seorang yang sempurna. Cuma saling mengingati. Untuk empunya pena dan saudara semua. Wallahualam.


"You can wait for it to come to you. Hidayah (Guidance) is the one waiting for you."


Sumber : http://muslimnotrebel.tumblr.com *I love his tumblr.*

Thursday, January 27, 2011

Thank you Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

I want to die with my forehead on the ground, the Sunnah in my heart, Allah on my mind, Quran on my tongue and tears in my eyes. Ya Allah, andai tiba hari itu, hari dimana aku sudah tidak lagi bernafas, hari aku dibaluti kain serba putih, Kau permudahkanlah segalanya. Permudahkan aku ketika aku menghadapi sakaratul maut, permudahkan kehidupan aku di alam sana. Ya Allah, terima kasih untuk segalanya. Aku mohon ampun, kadangkala aku lalai, aku terbawa dengan hawa nafsu yang menguasai diri. Ya Allah, terima kasih, terima kasih atas kehidupan yang kau berikan. Terima atas keluarga yang Kau kurniakan, terima kasih atas sahabat yang mendampingi aku. Aku gembira dengan kehadiran mereka walaupun aku selalu menyakiti hati mereka. Aku mohon ampun kadangkala aku tidak menghargai nikmat yang Kau pinjamkan. Aku mudah mengeluh dan memberontak. Ya Allah, jagalah aku, lidungilah dan selamatkanlah aku dunia akhirat. Izinkan aku berada di syurga-Mu.


"The world become worth it, when it is use for the Akhirat."

Tuesday, January 25, 2011

Ayat-Ayat Cinta.

Sejujurnya, filem Ayat-Ayat Cinta banyak mengajar saya soal 'jodoh'. Dialog-dialognya ringkas tetapi sangat menusuk ke dalam hati. 

Jodoh..


ya, jodoh itu rahsia Allah.


Antara dialog yang menyentuh hatiku.

Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Cinta itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan.

Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.


"Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya."

Ingatlah, sentiasalah beringat.

Assalamualaikum.

Pada zaman ini, manusia mula menuju ke pengakhiran yang fana dan permulaan yang abadi. Masa semakin meninggalkan kita, bukan niat untuk menakutkan, hanya sebagai pedoman. Bumi yang semakin panas menunggu siulan sangkakala untuk akhirnya musnah. Di sebalik semua ini, masih tersimpan lagi keindahan Islam di muka Bumi ini. Walau tersembunyi, kadang-kadang kita dapat merasainya, seperti angin yang meremangkan meniup tengkuk. Sampai bila kita mahu mengendahkan keindahan itu? Saling mengingati, amalan kita. Untuk saudara-saudara, juga untuk empunya pena.
Zaman ini juga kita dihidangkan dengan kata-kata manusia yang semakin lantang memperjuangkan Hak Manusia dan sebagainya. Berhimpun di jalan-jalan, menjerit, meraung mengutuk penghinaan Hak Manusia yang telus. Hak manusia tidak salah, cuma segalanya ada batasnya. Dalam kita memperjuangkan Hak Manusia , jangan kita lupa pula tentang Hak Allah. Hak Allah yang mencipta alam ini. Hak Allah yang telah mencipta aku, kau dan mereka. Saling mengingati, amalan kita. Untuk saudara-saudariku, dan aku sendiri. Wallahualam.


Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : "Ya Rasulullah dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w :"Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."


Sumber : http://islamicreminders.tumblr.com/

Sahabat.

Persahabatan adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkalau buruk akibatnya.

Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap. padah membawa ke neraka.

Tetapi ini tidak bererti kita harus menjauhi dan memboikot sahabat yang bermasalah. Sebaliknya kita bimbing mereka, bawa mereka kembali ke jalan Allah. Bersama dia dan diri kita, masing-masing cuba memperbaiki diri supaya diredai Allah.

Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturrahim serta mendekatkan diir kepada Allah.

Disini disertakan beberapa tip-tip menjadi sahabat yang baik.

1.Memulakan memberi salam apabila bertemu. 

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah.  Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.

  
2.Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

3.Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.  

4.Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.  Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik.  Bukan bertujuan membodek. 
 
5.Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
 
Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya. 

6.Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
  
Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.  

7.Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri.Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik. 

8.Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka.  

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain. 

9.Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat.  Kemudian rakan kita menegur kita.  Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.  Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain.Ia menunjukkan maruah kita dihargai. 

10.Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, 'memulangkan paku buah keras'

Motivasi:'Memulangkan paku buah keras' bererti kita mendendaminya.Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini? Allah bersama orang yang ikhlas. 

11.Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak.  

Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf. 

12.Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya. 

13. Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat.  Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis. 

14.Menyembunyikan segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita. 

15.Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu? 

16.Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.

Motivasi:  Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya?  Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita? 

17.Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati. 

18.Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya.  Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim.  Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur. 

19.Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Ini janji Allah.Nescaya ditepati.  

20.Sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita. 

21.Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi:  Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain. 

22.Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi:  Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat.  Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai.  Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada. 

Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah.  Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya.  Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya.  Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya. 

NOTA: Aku bukan sahabat yang baik, tetapi aku akan cuba memperbaiki diriku. Aku punya sahabat dan aku sayang mereka. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku. Ingatlah, aku sayang kalian.

Mereka ialah.

Nurfarahdiyanah
Nurul Afiqah
Nur Syazwani
Nadiah Basri 
Zunaidah
Fatimah
Natasha Amira 


"Wahai sahabat, jika kau kasih pada diriku kerana peribadiku, ketahuilah bahawa aku insan yang tidak sempurna. Jika kau terhibur kerana tutur kataku, mungkin suatu hari nanti aku akan menyakitimu. Jika setiamu kerna kita telah lama bersama, ketahuilah bahawa aku akn pergi jua. Maka pintaku, terimalah baik dan buruknya diriku. Kerana aku bukan manusia sempurna."


Sumber : 
http://www.koleksicinta.com
http://keranacinta.wordpress.com/2008/03/03/tip-tip-menjadi-sahabat-yang-baik/

Saturday, January 22, 2011

MOM ♥

DEAR MOM,

I may always say bad things behind your back.
I do things that are definitely out of your will.
I go to places without your premission.
And, i've said many bad things that might have hurt you a lot.

But believe me mom.
I could never ask for any other mother than you.
You're definitely i will ever have and i really love you so much.
Even thought i'm not so great in expressing it. 

Love, Syaza.


I LOVE YOU MOM


*Credit to Tumblr. Tumblr is great!

Friday, January 21, 2011

Lets wear hijab :)

Lets wear hijab sisters.

Come on my sisters, don’t say 'I am not ready to wear hijab'. Don't you want to love and to be loved by Allah? Don't you want hidayah which is in His Hand? Hidayah follows another hidayah, good deeds follow other good deeds,

EXCEPT,

If you don’t want to accept it. So what are waiting for? My sisters, it’s hidayah that is waiting for you to act, for you can move to the next level.

'JANGAN JADIKAN KAIN KAFAN SEBAGAI PENUTUP AURATMU YANG PERTAMA DAN YANG TERAKHIR.'
-We dont know when we will gonna die.
-Prepare yourself, and this is just a reminder, for all of us.

-Be women or men, aurah is still aurah. Bear that in mind.

-May Allah bless.
Nota : Rambut itu makhota wanita, tetapi rambut itu juga aurat wanita.

A guy once asked a Muslim man “why do your women cover themselves?” The Muslim man just smiled and pulled two pieces of candy from his pocket. He un-wrapped one and left the other covered. He dropped the two on the floor and asked the guy which one he’d choose to eat.
It reminds me of this quote from Muhammad Ali to his daughter: “Hana, everything that Allah (SWT) made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You’ve got to work hard to get to them.”

"A beautiful woman is when she looks in the mirror, not to see if she can attract men, but does she cover herself up properly."


*Credit to Tumblr.

Thursday, January 13, 2011

18 tahun.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini genap umur ku 18 tahun. Alhamdulillah aku diberikan kesempatan selama 18 tahun untuk bernafas di bumi yang fana ini. Selama 18 tahun juga aku diberi kesempatan untuk merasa pahit manis di atas bumi yang bakal singgahi. Terima kasih Ya Allah.

Semoga ia menjadi ingatan untuk aku supaya memperbanyakkan lagi amal untuk dibawa ke akhirat. Pecutan amal aku harus laju kerana masa yang ada sudah semakin suntuk.

Disini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku. Aku sayang kalian :) 

Oh, aku terjumpa kata-kata ini dan berniat untuk berkongsi bersama anda. Semoga menjadi peringatan kepada aku dan kalian.



"Orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam di akhirat ialah orang-orang yang rugi & tidak berjaya menyelamatkan dirinya dari seksaan neraka sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya!"

Monday, January 3, 2011

Duaribusebelas.

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, kita sudah berada di tahun 2011. Kita masih lagi diberikan kesempatan untuk berada di tahun baru. Kita masih lagi diberikan peluang untuk meneroka dunia yang kita sendiri tidak pasti dimana penghujungnya. Tahun 2010 sudah ditinnggalkan. Awak membuat saya menangis dan tertawa. Awak memberi saya kenangan yang tidak akan saya lupa, awak mengajar saya banyak hal tentang kehidupan, sekarang saatnya untuk bergerak sedepa kehadapan. 2010 adalah tahun yang mengagumkan, tetapi saya tahu 2011 akan jauh lebih baik ;)

Insya-Allah, AMIN. 

"Beri hati mu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan pada mu pemilik yang terbaik. Hamparkan masa mu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupan mu dengan baik."


Akhir sekali, selamat tahun baru kawan-kawan. Semoga tahun 2011 lebih banyak kebaikan yang dilakukan.

Sunday, January 2, 2011

Anyong-haseyo.


Assalamualaikum.

Hai, saya Syaza. Berumur 18 tahun. Baru sahaja selesai menamatkan peperiksaan SPM. Keputusan akan diumumkan pada bulan Mac, doakan saya kawan-kawan. Saya juga doakan awak semua dapat keputusan yang baik, insya-Allah. Oh ya, saya masih baru dalam dunia blog. Terima kasih sudi singgah di blog saya. I really appreciate it :)

"Iman is like an airplane ride. The higher up you go, the smaller the things on Earth look. Ya Allah,strengthen our iman Ya Allah. "

Jumpa lagi, salam.