Tuesday, January 25, 2011

Ayat-Ayat Cinta.

Sejujurnya, filem Ayat-Ayat Cinta banyak mengajar saya soal 'jodoh'. Dialog-dialognya ringkas tetapi sangat menusuk ke dalam hati. 

Jodoh..


ya, jodoh itu rahsia Allah.


Antara dialog yang menyentuh hatiku.

Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Cinta itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan.

Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.


"Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya."

2 comments:

  1. Just want 2 share something. Orang yang mencadangkan sy menonton filem ini adalah jodoh sy sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah jumpa jodoh. Semoga berkekalan ;)

    ReplyDelete