Tuesday, January 25, 2011

Ingatlah, sentiasalah beringat.

Assalamualaikum.

Pada zaman ini, manusia mula menuju ke pengakhiran yang fana dan permulaan yang abadi. Masa semakin meninggalkan kita, bukan niat untuk menakutkan, hanya sebagai pedoman. Bumi yang semakin panas menunggu siulan sangkakala untuk akhirnya musnah. Di sebalik semua ini, masih tersimpan lagi keindahan Islam di muka Bumi ini. Walau tersembunyi, kadang-kadang kita dapat merasainya, seperti angin yang meremangkan meniup tengkuk. Sampai bila kita mahu mengendahkan keindahan itu? Saling mengingati, amalan kita. Untuk saudara-saudara, juga untuk empunya pena.
Zaman ini juga kita dihidangkan dengan kata-kata manusia yang semakin lantang memperjuangkan Hak Manusia dan sebagainya. Berhimpun di jalan-jalan, menjerit, meraung mengutuk penghinaan Hak Manusia yang telus. Hak manusia tidak salah, cuma segalanya ada batasnya. Dalam kita memperjuangkan Hak Manusia , jangan kita lupa pula tentang Hak Allah. Hak Allah yang mencipta alam ini. Hak Allah yang telah mencipta aku, kau dan mereka. Saling mengingati, amalan kita. Untuk saudara-saudariku, dan aku sendiri. Wallahualam.


Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : "Ya Rasulullah dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w :"Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."


Sumber : http://islamicreminders.tumblr.com/

No comments:

Post a Comment